Updates

Assalamualaikum :)

Thursday, February 4, 2016

I've got B2 license!

Assalamualaikum


Semalam (3/2/2016) ada test JPJ untuk motor. FYI, ni kali kedua test. Retest la senang kira. Sebab First time test kandas kat titi (selamanya musuh titi). Bukannya jatuh tapi tak cukup 1SAAT. You guess what?? HANYA 1SAAT OKAY. Sebab time tu buat titi hanya 6sec 43msec. Limit masa dia 7sec dan keatas. Memang macam2 perasaan bercampur-aduk rasa macam heiii abang jpj nih hm.  

Semalam la kena retest balik hanya untuk bahagian II sahaja. Kiranya kena buat balik la RPM (Rutin Pemeriksaan Motor) yang kena explain satu-satu komponen pasal motor. Last test bulan 5 tahun lepas. Nasib baik 2hari sebelum retest terdetik hati nak gi belajar balik. Kiranya nak perkuatkan lagi la haha (acah2). Rupanya tahun ni dia dan tambah satu lagi iaitu RPSM (Rutin Pemeriksaan Sebelum Memandu). Kiranya kena buat action jela ala ala demo tu. Yang ni tak payah cakap macam RPM. Haaa nasib baik gi belajar 2 hari ada la jugak input yang dapat. 

Aku ni yang bernombor 8 drpd 9 semua yg retest. Okla kan tak la cuak sangat kalau dapat nombor 1 haha. So far so good. RPM dan RPSM everything went well. Then bermula lah saat-saat mendebarkan dimana kena lalu titi (haa yang ni cuak beb). Sebab sebelum aku tu  semua dah kandas. And Alhamdulillah titi ok. Capai la target melebihi 7saat tu. Lepas buat laluan kon, brek kecemasan, jalan berbonggol bonggol, roundbout dan last sekali selekoh tajam. Dan buat masuk motor terus naik ke pondok jpj. Debar jugak la sebab takut dia buat gila buat aku tak lulus lagi. Lepas dapat borang tu terus belek belakang dan.........

Alhamdulillah syukur Ya Allah! Penantian yang menyeksakan dan Alhamdulillah i've got my B2 license. Hanya 4 orang daripada 9 yang lulus. Anda rasa? 

Jom merempitz ! 

Datang Lagi!

No comments:

Post a Comment