
Assalamualaikum & Hi!
Pada 30th April 2019 | 6.10 pm genaplah dua tahun arwah papa meninggalkan kami semua. Sedih semestinya apatah lagi timbulnya perasaan rindu yg tiada kesudahan. Pada saat ini kau akan rasa betapa peritnya menahan rindu yg tidak dapat diubati. Biasanya kalau kita rindu parents or even kawan, kita akan cari masa untuk jumpa walaupun sekejap pun jadi. Tapi rindu pada org yg telah pergi meninggalkan kita buat selamanya tiada kesudahan. Hanya yg pernah mengalaminya dapat merasai :)
Ok untuk post kali ni sis nak share story memandangkan ramai yg tanya “Papa sakit apa?” “How you handle?” “How it goes?” Mungkin agak panjang entry kali ni. Terima kasih kepada yg sudi membacanya. Hanya sekadar luahan yg sis boleh baca balik kemudian hari. Semoga Allah merahmati kamu semua inshaAllah.
“Papa sakit apa?”
Pada tahun 2012, papa mengadu yg dia sakit lutut. Tak boleh berjalan jauh, tak boleh berdiri lama. Sebenarnya benda ni effect sbb dulu papa pernah mengalami excident ketika papa menaiki motor zaman dia muda-mudi dulu. Mula-mulanya dia anggap benda ni tak serious sangat sebab hanyalah excident semata mata. Sehinggalah pada tahun 2013, papa telah jatuh tangga (di sekolah) sbb kegagalan fungsi lutut dia untuk turun naik tangga. Lepas tu, baru papa pergi check up kat hospital & Dr mengesahkan bahawa lutut papa (belah kanan) dah tak berfungsi. Mungkin sebab itu dia tak ada daya ketahanan untuk turun naik tangga, jalan jauh & berdiri lama. Selepas beberapa kali appointment dengan Dr , akhirnya Dr sahkan lutut kanan & kiri papa sudah tidak function lagi dan pembedahan mesti dilakukan untuk elakkan drpd semakin teruk. Dan cost untuk operation sebelah lutut memakan duit sebanyak (rm7,000) . Both ofcourse 7ribu x 2= RM 14.000. Mula2 papa berniat nak buat sebelah dahulu. Sbb kalau sebelah lambat sembuh, kaki sebelah lagi boleh tampung. Selepas dipujuk rayu oleh Dr sbb Dr yg cakap “kalau buat dua2, sakit sekaligus”, maka papa pun bersetuju untuk buat operation kedua dua belah lutut.
Tarikh papa operate pada 17 July 2013 iaitu dalam bulan puasa. Di Hospital USM, Kubang Kerian. Pembedahan mengambil masa hampir 7jam. Dan Alhamdulillah pembedahan selamat dijalankan. Papa telah dibius seluruh badan dan selepas operate, papa separuh sedar. (Maybe effect ubat bius tu). Pada ketika itulah first time ever seumur hidup sis, sis pengsan. Alkisahnya begini, pada hari kejadian , sis mengalami cirit birit akibat tersalah makan time berbuka sehari sebelum tu. Ulang alik pergi toilet sehinggakan tiada apa2 & bayangkan time tu tengah puasa. Dan masa nurse bagi family masuk untuk lawat pesakit sekejap selepas operation tu, sis tak mampu menahan air mata . Sbb tengok mama nangis. Then sis apatah lagi nangis bagai air mencurah curah. Sebab sedih tengok keadaan papa separuh sedar. Papa sebenarnya tak pernah sakit. Tak pernah kena warded di hospital. & bayangkanlah kali ni kena operate kedua dua belah lutut, kita sebagai anak tengok Bapa kita mengalami kesakitan tu Ya Allah, hanya Allah yg tahu. Time tengok papa dalam tu sis senyap je sbb tak mampu menahan airmata. Sampai tak terkeluar kata2. Hanya mampu menangis. & papa pun dipindahkan ke wad icu sbb perlu dipantau. Time dekat wad tulah sis berdiri bertentangan dengan katil papa. Sbb semua family berkumpul & papa masih mengadu sakit sakit. Nasiblah semua katil kosong, dan hanya papa shj yg ada. Masa tu dah mula rasa loya nak muntah pun ada. Then sis rasa macam mata sis takleh fokus, berpusing. Nasib baik sis berdiri d sebelah kakak ipar. Then terus rasa lemah. Sedar2 dah ada atas katil. Mama dah tak tahu nak buat apa sampaikan nurse nak bawak sis pergi kecemasan. Yelah sbb tetiba pitam. Alhamdulillah sis cepat sedar dan terpaksa batalkan puasa.
Ok sambung balik. Selepas papa discharged dari hospital, nampak usaha papa nak sembuh. Pergi fisioterapi semangat buat itu ini. Belajar berjalan. Kat rumah pun papa pakai walker untuk bergerak. Tapi 2 tahun selepas itu, papa mula berubah. Macam semangat yg papa ada untuk sembuh dulu kian pudar. Dan selepas itu, Dr sahkan papa ada masalah saraf. Ya Allah dugaan apa lagi yg Engkau berikan kepada kami. Dr sarankan buat pembedahan tapi harapan untuk pulih sepenuhnya itu amat tipis. Sebab berkaitan dengan saraf ni jangan main2. Mama berkeras taknak buat sbb tak nak papa sakit lagi. Sakit kesan operate lutut pun tak hilang ini kan nak tambah operate masalah saraf.
Hari demi hari nampak keadaan papa semakin berubah. Ingatannya sudah tidak kuat seperti dulu. Satu demi satu perkara papa lupa. Even duduk luar rumah pun papa cakap bila nak balik rumah sendiri. Allahu. Sedih memang sedih benda ni terjadi kpd org yg kita sayangi.
Setahun sebelum papa pergi, memang tiada harapan untuk papa sembuh seperti dulu. Dari berjalan guna walker sehingga tidak mampu berjalan. Hanya bergantung kpd wheelchair. Semuanya dengan wheelchair. Papa jadi semakin senyap. Biasanya papa akan cerita tentang kisah hidupnya. Benda yg dia lalui hari hari. Tapi tidak lagi. Papa jd semakin lesu, tidak bermaya.
Dan pada 30 April 2017, hari Ahad tepat jam 6.10 petang papa telah menghembuskan nafasnya yg terakhir di kediaman kami. Boleh baca post Di sini .
Papa, terima kasih atas segala penat lelahmu membanting tulang demi menjaga makan minum kami sekeluarga. Terima kasih kerana telah melengkapkan segala kekurangan, memenuhi segala permintaan, kemahuan & kehendak kami demi memastikan kehidupan kami selesa. Terima kasih atas segalanya papa. Sesungguhnya adik sangat2 rindukan papa. Kami semua sangat rindukan papa. Semoga papa tenang di sana di samping Sang Pencipta. Terima kasih kerana pernah menjadi yang terbaik dalam hidup adik. Papa lah hero adik selamanya.
“Ya Allah, Ya Tuhanku, kau kurniakanlah kedua ibubapaku syurga tanpa hisab. Tempatkanlah mereka disisi orang2 yg beramal soleh. Lapangkanlah kuburnya, jauhilah mereka daripada siksaan api neraka. Haramkanlah wajah kedua ibubapaku daripada disambar oleh api neraka. Amin Y.R.A”
“How you handle this?” Ok i will write in the next post .
No comments:
Post a Comment